Jumaat, 29 Jun 2012

PRAKTIS FORMATIF PMR

PETEMPATAN ( SOALAN 1 HINGGA 5)

1. Faktor yang manakah yang mempengaruhi perletakan petempatan awal di dunia?

A. Iklim
B. Sumber mineral
C. Sumber Air
D. Kemudahan awam

2. Petempatan awal memainkan fungsi sebagai.....

i. pusat pertanian
ii.pusat pendidikan
iii.pusat keagamaan
iv.tempat perlindungan
A. I,II DAN III
B I,II DAN IV
C I,III DAN IV
D. II III DAN IV

3. Faktor manakah yang mempengaruhi perletakan petempatan awal di Malaysia?

A. faktor fizikal
B. faktor sosial
C. kemudahan asas
D. dasar kerajaan

4. Mengapakah petempatan awal di dunia bertapak di lembah dan lembangan sungai?

I Tanih yang subur
II Sumber air
III Bebas daripada bencana alam
IV Terlindung daripada binatang buas
A. I DAN II
B. I DAN IV
C. II DAN III
D. III DAN IV

5. Faktor manakah yang menyebabkan perkembangan petempatan yang bertanda X dalam peta?

A. Tanih aluvium yang subur
B. Dasar kerajaan
C. Kedudukan yang strategik
D. Bebas daripada bencana alam


                                  @@@@@ SELAMAT MENJAWAB SOALAN@@@@@@

Khamis, 28 Jun 2012

PRAKTIS FORMATIF

1. Antara berikut, kegiatan ekonomi manakah yang tergolong dalam sektor tertier?
 i. Pertanian
 ii. Perdagangan
iii. Pelancongan
iv. Perindustrian
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
















2. Kegiatan ekonomi utama penduduk di kawasan berlorek yang bertanda X dalam peta ialah...

       A. Menanam padi
       B. Melombong petroleum
       C. Menoreh getah 
       D. Mengilang papan

    3. Antara yang berikut, manakah industri yang berasaskan sumber di Malaysia?
       i. industri textil
      ii.industri simen
     iii.industri perabot
     iv.Industri elektronik

   4. Maklumat di bawah dapat dikaitkan dengan sektor...
        * PENSYARAH
        * AKAUNTAN
        * PEMANDU TEKSI
      A. pengangkutan
      B. pendidikan
      C. Perindustrian 
      D. pemandu teksi

5.  Antara yang berikut yang manakah peranan Lembaga Penggalak Pelancongan Malaysia (LPPM)?
       i. menyebarkan maklumat tentang keindahan Malaysia
      ii. Menyertai pesta pelancongan di peringkat antarabangsa
      iii. Menyertai pameran pemerdagangan di peringkat antarabangsa
      iv. mengeluarkan visa kepada pelancong asing yang ingin melawat Malaysia
      A. I dan II
      B. I dan IV 
      C. II dan III
      D. III dan IV
 
 

Rabu, 27 Jun 2012

SEJARAH SMK SERI ISKANDAR

PENGENALAN

Smksi dibuka dengan rasminya pada 2.7.2001, dengan kod AEA 8008 SM Luar Bandar Gred B. Sekolah ini dibina bagi menampung keperluan penduduk sekitar Seri Iskandar yang selama ini bersekolah di SMK Dato' Abdul Rahman Yaakub yang pelajarnya hampir mencecah kepada 1800 orang sekitar tahun  2000. Ia juga untuk memenuhi keperluan pelajar -pelajar di SK Seri Iskandar yang bilangan muridnya semakin meningkat. Tambahan pula terdapatnya 2 buah pusat pengajian tinggi iaitu UiTM dan UTP serta pesatnya pembangunan di Bandar Baru Seri Iskandar dengan pembukaan taman-taman perumahan di kawasan sekitarnya.

 


FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGIATAN EKONOMI

Faktor Fizikal

Faktor fizikal merupakan faktor alam semula jadi yang sedia ada di sesuatu kawasan. Ini termasukklah bentuk muka bumi, tanih, iklim dan bahan mentah.

Bentuk Muka Bumi

Bentuk muka bumi seperti tanah tinggi, tanah beralun, tanah pamah dan pinggir pantai yang terdapat di negara kita dapat mempengaruhi corak dan jenis  kegiatan ekonomi yang dijalankan.

                                    BENTUK MUKA BUMI

Tanah Pamah                                                      Kawasan Beralun

* pertanian                                                                                                *pertanian
* pengangkutan                                                                                        
* perindustrian


Tanah Tinggi                                                        Pinggir Pantai

* Pertanian: tanaman sayur                                                                       * Perikanan
   sayuran dan tanam- tanaman                                                                 * Pelancongan
* pelancongan                                                                                         * Pelabuhan

NOTA GEOGRAFI BAB 5 TAJUK PETA TINGKATAN 3

Menyenaraikan Pandang Darat Fizikal Dan Budaya Berdasarkan Simbol-simbol

Pada peta topografi, terdapat pelbagai jenis pandang darat fizikal dan pandang darat budaya. Semua ciri pandang darat ini dapat ditunjukkan di atas peta topografi dengan menggunakan simbol-simbol yang tertentu. Simbol-simbol ini dibahagikan kepada lima jenis, iaitu simbol titik , simbol garisan , simbol kawasan, simbol bergambar dan singkatan perkataan.
              Dengan menggunakan simbol, banyak jenis ciri fizikal dan budaya yang meliputi kawasan yang luas dapat ditunjukkan di atas peta.Penggunaan simbol ini dapat menjimatkan ruang di atas peta berbanding menggunakan bentuk-bentuk sebenar.

Selasa, 26 Jun 2012

NOTA GEOGRAFI BAB 11 KEGIATAN EKONOMI UTAMA

JENIS DAN TABURAN KEGIATAN EKONOMI UTAMA DAN NEGARA MALAYSIA

Negara Malaysia mempunyai pelbagai jenis kegiatan ekonomi yang menyumbang kepada pendapatan negara. Jenis-jenis kegiatan ekonomi utama Malaysia ialah industri perkhidmatan,pembuatan, perlombonga, pertanian, pembalakan, dan perikanan. Kegiatan ekonomi ini dobahagikan kepada aktiviti primer , aktiviti sekunder dan aktiviti tertier.
      Aktiviti primer merupakan kegiatan ekonomi di peringkat asas, contohnya aktiviti pertanian. Barangan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan yang dipetik dipasarkan terus kepada pengguna. Aktiviti sekunder melibatkan kegiatan ekonomi yang bergantung pada keluaran daripada sektor primer. Contohnya industri memproses barangan makanan dan industri membuat perabot. Aktiviti tertier pula merupakan jenis kegiatan yang berkait rapat dengan aktiviti primerdan aktiviti sekunder. Contohnya industri perkhidmatan yang merangkumi komunikasi, pengangkutan, kewangan dan pendidikan.

LATIHAN GEOGRAFI BAB 6 SUMBER SUMBER UTAMA

LATIHAN PENGUKUHAN

Jawab semua soalan di bawah.
1. Apakah suber yang diperoleh dari hutan?
 (a)
 (b)
2. Sekiranya sumber hutan pupus, berikan cadangan anda untuk menggantikannya.
 (a)
 (b)
3. Mengapakah manusia harus menggunakan sumber mineral dengan bijaksana?
  (a)
  (b)



LATIHAN PETA GEOGRAFI BAB 5

LATIHAN PENGUKUHAN

Jawab semua soalan di bawah.
1. Tandakan sama ada penyataan di bawah benar(B) atau salah (S)
(a) Garisan kontur yang disusun rapat menunjukkan kawasan yang curam.                                   
(b) Penanaman getah biasanya dijalankan di kawasan paya.                                                         
(c) Jalan keretapi biasanya dibina di kawasan tanah pamah.                                                         
(d) Kebiasaannya, petempatan di tepi jalan raya berebentuk pola berjajar.                                    
(e) Padi sawah ditanam di kawasan yang berhampiran dengan sungai.                                          

Isnin, 25 Jun 2012

BUKU NOTA








KAMI TELAH MERUJUK NOTA-NOTA YANG KAMI BERIKAN SEMUANYA ADA DI DALAM BUKU RUJUKAN INI

TABURAN SUMBER TENAGA DI MALAYSIA

1. Malaysia mempunyai potensi yang baik untuk menjana kuasa hidroelektrik kerana:
    (a) hujan turun sepanjang tahun.
    (b) Isi padu air sungai yang banyak dan tetap sepanjang tahun.
    (c) Sungai beraliran deras.
2. Kelebihan kuasa hidroelektrik berbanding dengan bahan api fosil:
    (a) boleh diperbaharui
    (b) bersih dan tidak mencemarkan alam
    (c) mudah digunakan
3. Malaysia berpotensi untuk menjana tenaga suria kerana menerima pancaran matahari kira-kira 6 jam     sehari.
4. Penggunaan tenaga suria dijangka akan meningkat pada masa akan datang apabila teknologi untuk memerangkap tenaga suria menjadi semakin murah dan berkesan.

TABURAN PETROLEUM DAN GAS ASLI DI MALAYSIA

1. Petroleum merupakan sumber mineral dan bahan api yang terpenting di malaysia.

2. Petroleum Malaysia mempunyai kandungan sulfur yang rendah dan bermutu tinggi.


NOTA GEOGRAFI TINGKATAN 3 2012 BAB 6

6.1 SUMBER-SUMBER UTAMA

1. Sumber ialah sesuatu bahan yang dapat digunakan untuk memenuhi keperluan manusia dan mempertingkat mutu hidup manusia.
2. Sumber dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:
    (a) Sumber alam: sumber semula jadi yang dikurniai Tuhan
    (b) Sumber manusia: tenaga pekerja secara kecergasan fizikal dan mental
    (c) sumber Budaya: barangan buatan manusia yang digunakan dalam proses pembuatan
3. Sumber alam dapat dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu:
    (a) Sumber alam yang boleh diperbaharui
         -hutan
         -tanih
         -air
         -cahaya matahari
    (b) Sumber alam yang tidak boleh diperbaharui
         * MINERAL LOGAM
          - bijih besi
          - bijih timah
         * MINERAL BAHAN MENTAH
          - kaolin
          - batu kapur
         * MINERAL BAHAN API
          - petroleum gas asli
          - arang batu

6.2 JENIS-JENIS SUMBER UTAMA

1.Sumber utama boleh dibahagikan kepada beberapa jenis, iaitu mineral, hutan, air, tanih dan cahaya matahari.

Hutan

1.Hutan merupakan sumber yang penring kepada manusia.
2.Tumbuh-tumbuhan dan haiwan merupakan sumber semula jadi yang penting kepada kita.

Sumber Tumbuhan:
-bahan mentah perindustrian
-bahan api
-makanan
-ubat-ubatan
-bahan binaan
-mengimbangi ekosistem

Sumber Haiwan:
-makanan
-bahan mentah perindustrian

Air


1.Semua benda hidup perlukan air.Manusia tidak boleh hidup tanpa air lebih daripada 60 jam.
2.Sumber air di bumi wujud dalam bentuk air laut, air sungai, air bawah tanah, kolam, tasik dan juga udara.

Sungai:
-kegunaan domestik
-sukan dan rekreasi
-pengangkutan
-kuasa hidroelektrik

Paya
-pengairan
-sukan dan rekreasi
-pelancongan
-sumber kayu
-habitat untuk flora dan fauna
-akuakultur

Tasik
-pengairan
-sukan dan rekreasi
-pelancongan
-kegiatan perikanan

Tanih


1.Tanih ialah lapisan bahan-bahan longgar yang menutup permukaan bumi.
2.Ia terdiri daripada campuran serpihan batuan yang terluluhawa dan sisa-sisa tumbuhan, organisma dan binatang serta air dan udara.

Sebagai Bahan Mentah:
-bata(tanah liat)
tembikar(kaolin)

Sumber Kawasan Pertanian
-tanaman padi(aluvium)
-tanaman getah(laterit)
-tanaman nanas(gambut)

Tenaga Suria


1.Cahaya yang terpancar daripada matahari merupakan sumber tenaga semula jadi utama.
2.Semua bahagian bumi menerima tenaga suria daripada cahaya matahari.

Tenaga Haba:
-mengeringkan ikan dan daging
-mengeringkan pakaian

Tenaga Elektrik(Solar):
-kilang
-kegunaan domestik(air panas)
-kalkulator
-jam tangan
-telefon awam(ATUR)
-penggunaan komputer di kawasan pedalaman
-lampu jalan dan lampu isyarat
-satelit suria

Mineral


1.Mineral merupakan sumber yang penting.
2.Ia digunakan sebagai bahan mentah dalam pelbagai jenis industri.

Logam:
-mesin dan jentera(bijih besi)
-piuter(bijih timah)
-kabel elektrik(kuprum)
-barang kemas(emas)
-barangan aluminium(bauksit)

Bukan Logam:
-bahan api(petroleum dan gas, arang batu)
-barang kemas dan hiasan(batu permata)
-simen(batu kapur)





































PENGENALAN DIRI KAMI

Pengenalan Diri Kami

Assalamualaaikum dan selamat sejahtera. Kami terdiri daripada 2 orang iaitu Mohammad Zharif Hakimi Bin Mohammad Mazani dan Muhammad Amirul Hazim Bin  Ahmad Fuad.Muhammad Amirul Hazim tinggal di Bandar Baru Seri Iskandar(SIDEC).Manakala saya Mohammad Zharif Hakimi tinggal di Bandar Universiti Seri Iskandar. Kami berdua daripada kelas 3RANCANGAN KHAS 2. Saya Mohammad Zharif Hakimi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan saya  iaitu Muhammad Amirul Hazim kerana telah berganding bahu untuk menyiapkan blog ini dengan jayanya. Tujuan kami membina blog ini adalah kerana kami telah menyertai pertandingan mereka blog sempena Minggu Teknik Dan Vokasional SMK SERI ISKANDAR. Sampai di sini sahaja pengenalan diri saya.. ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA.