Rabu, 27 Jun 2012

NOTA GEOGRAFI BAB 5 TAJUK PETA TINGKATAN 3

Menyenaraikan Pandang Darat Fizikal Dan Budaya Berdasarkan Simbol-simbol

Pada peta topografi, terdapat pelbagai jenis pandang darat fizikal dan pandang darat budaya. Semua ciri pandang darat ini dapat ditunjukkan di atas peta topografi dengan menggunakan simbol-simbol yang tertentu. Simbol-simbol ini dibahagikan kepada lima jenis, iaitu simbol titik , simbol garisan , simbol kawasan, simbol bergambar dan singkatan perkataan.
              Dengan menggunakan simbol, banyak jenis ciri fizikal dan budaya yang meliputi kawasan yang luas dapat ditunjukkan di atas peta.Penggunaan simbol ini dapat menjimatkan ruang di atas peta berbanding menggunakan bentuk-bentuk sebenar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan