Isnin, 25 Jun 2012

NOTA GEOGRAFI TINGKATAN 3 2012 BAB 6

6.1 SUMBER-SUMBER UTAMA

1. Sumber ialah sesuatu bahan yang dapat digunakan untuk memenuhi keperluan manusia dan mempertingkat mutu hidup manusia.
2. Sumber dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:
    (a) Sumber alam: sumber semula jadi yang dikurniai Tuhan
    (b) Sumber manusia: tenaga pekerja secara kecergasan fizikal dan mental
    (c) sumber Budaya: barangan buatan manusia yang digunakan dalam proses pembuatan
3. Sumber alam dapat dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu:
    (a) Sumber alam yang boleh diperbaharui
         -hutan
         -tanih
         -air
         -cahaya matahari
    (b) Sumber alam yang tidak boleh diperbaharui
         * MINERAL LOGAM
          - bijih besi
          - bijih timah
         * MINERAL BAHAN MENTAH
          - kaolin
          - batu kapur
         * MINERAL BAHAN API
          - petroleum gas asli
          - arang batu

6.2 JENIS-JENIS SUMBER UTAMA

1.Sumber utama boleh dibahagikan kepada beberapa jenis, iaitu mineral, hutan, air, tanih dan cahaya matahari.

Hutan

1.Hutan merupakan sumber yang penring kepada manusia.
2.Tumbuh-tumbuhan dan haiwan merupakan sumber semula jadi yang penting kepada kita.

Sumber Tumbuhan:
-bahan mentah perindustrian
-bahan api
-makanan
-ubat-ubatan
-bahan binaan
-mengimbangi ekosistem

Sumber Haiwan:
-makanan
-bahan mentah perindustrian

Air


1.Semua benda hidup perlukan air.Manusia tidak boleh hidup tanpa air lebih daripada 60 jam.
2.Sumber air di bumi wujud dalam bentuk air laut, air sungai, air bawah tanah, kolam, tasik dan juga udara.

Sungai:
-kegunaan domestik
-sukan dan rekreasi
-pengangkutan
-kuasa hidroelektrik

Paya
-pengairan
-sukan dan rekreasi
-pelancongan
-sumber kayu
-habitat untuk flora dan fauna
-akuakultur

Tasik
-pengairan
-sukan dan rekreasi
-pelancongan
-kegiatan perikanan

Tanih


1.Tanih ialah lapisan bahan-bahan longgar yang menutup permukaan bumi.
2.Ia terdiri daripada campuran serpihan batuan yang terluluhawa dan sisa-sisa tumbuhan, organisma dan binatang serta air dan udara.

Sebagai Bahan Mentah:
-bata(tanah liat)
tembikar(kaolin)

Sumber Kawasan Pertanian
-tanaman padi(aluvium)
-tanaman getah(laterit)
-tanaman nanas(gambut)

Tenaga Suria


1.Cahaya yang terpancar daripada matahari merupakan sumber tenaga semula jadi utama.
2.Semua bahagian bumi menerima tenaga suria daripada cahaya matahari.

Tenaga Haba:
-mengeringkan ikan dan daging
-mengeringkan pakaian

Tenaga Elektrik(Solar):
-kilang
-kegunaan domestik(air panas)
-kalkulator
-jam tangan
-telefon awam(ATUR)
-penggunaan komputer di kawasan pedalaman
-lampu jalan dan lampu isyarat
-satelit suria

Mineral


1.Mineral merupakan sumber yang penting.
2.Ia digunakan sebagai bahan mentah dalam pelbagai jenis industri.

Logam:
-mesin dan jentera(bijih besi)
-piuter(bijih timah)
-kabel elektrik(kuprum)
-barang kemas(emas)
-barangan aluminium(bauksit)

Bukan Logam:
-bahan api(petroleum dan gas, arang batu)
-barang kemas dan hiasan(batu permata)
-simen(batu kapur)





































1 ulasan: