Isnin, 25 Jun 2012

TABURAN SUMBER TENAGA DI MALAYSIA

1. Malaysia mempunyai potensi yang baik untuk menjana kuasa hidroelektrik kerana:
    (a) hujan turun sepanjang tahun.
    (b) Isi padu air sungai yang banyak dan tetap sepanjang tahun.
    (c) Sungai beraliran deras.
2. Kelebihan kuasa hidroelektrik berbanding dengan bahan api fosil:
    (a) boleh diperbaharui
    (b) bersih dan tidak mencemarkan alam
    (c) mudah digunakan
3. Malaysia berpotensi untuk menjana tenaga suria kerana menerima pancaran matahari kira-kira 6 jam     sehari.
4. Penggunaan tenaga suria dijangka akan meningkat pada masa akan datang apabila teknologi untuk memerangkap tenaga suria menjadi semakin murah dan berkesan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan